Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

799 mesin jual air di Perak tiada lesen KKM


Tarikh kemaskini: 29/03/2019





IPOH, 29 Mac (Bernama) -- Sebanyak 799 atau 93 peratus Mesin Jual Air (MJA) yang beroperasi di negeri itu dikenal pasti oleh Jabatan Kesihatan Perak tidak mempunyai lesen Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak diperuntukkan pada 2014.

Pengarahnya Datuk Dr Ding Lay Ming berkata daripada 860 MJA yang beroperasi di negeri itu, hanya 61 mempunyai lesen manakala 119 masih dalam proses permohonan.

"Kesedaran orang ramai serta syarikat MJA mengenai pentingnya mempunyai lesen KKM masih rendah, disebabkan itu kita cuba memberi kesedaran melalui operasi sebegini," katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan MJA di Bercham di sini hari ini.

Dr Ding berkata orang ramai perlu berhati-hati ketika membeli air dari MJA dan pastikan ia mempunyai lesen yang dikeluarkan KKM agar ia selamat diminum.

"Ini kerana mesin yang tidak mempunyai lesen berkemungkinan terdedah kepada bahaya mikrooraganisma, kimia dan fizikal dan menyebabkan ia tidak bersih, selamat dan berkualiti.

"Untuk mengetahui mesin tersebut mempunyai lesen adalah dengan melihat pelekat lesen yang dikeluarkan KKM ditampal pada mesin tersebut," katanya.

Beliau berkata Peraturan 360C Peraturan-peraturan Makanan 1985, memperuntukkan bahawa air dari MJA hendaklah melalui proses penurasan, osmosis songsang, penyulingan atau proses setara dan penyahjangkitan.

Katanya, mana-mana pengendali MJA yang masih belum memohon lesen diberi tempoh 14 hari dari hari ini, sekiranya gagal Jabatan Kesihatan negeri akan mengeluarkan notis di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1983 iaitu boleh dikompaun RM2,000.

"Sekiranya gagal membayar kompaun tersebut kes akan dirujuk ke mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel