Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga lelaki disyaki curi sarang burung bernilai lebih RM100,000 ditahan polis


Tarikh kemaskini: 29/03/2019





ALOR SETAR, 29 Mac (Bernama) -- Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai memecah masuk sebuah kedai menjual sarang burung dan mencuri sarang burung bernilai RM112,475 di Sungai Karangan, Kulim, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim DSP Safuan Md Noor berkata dalam kejadian pukul 9.50 pagi itu, pemilik kedai yang berusia 37 tahun hanya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi pekerjanya yang memaklumkan terdapat kesan umpilan di pintu kaca.

"Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV), mendapati tiga lelaki mencuri 59 kotak sarang burung pelbagai jenama dan saiz bernilai RM112,475 bersama satu walkie talkie milik mangsa. 

"Suspek yang berusia antara 24 hingga 31 tahun yang memakai topeng mulut telah mengumpil pintu menggunakan kuku kambing. Mereka menaiki kereta Perodua Viva yang dipinjam daripada seorang wanita untuk melakukan kegiatan  tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Safuan berkata pemeriksaan lanjut menemui lima kesan cap jari di premis berkenaan dan usaha mengesan suspek berjaya apabila mereka ditahan pada 5.30 petang semalam oleh pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim.

"Dua daripada suspek memiliki rekod jenayah lampau membabitkan kes pecah bangunan dan samun serta berkaitan dadah, Seksyen 7 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

"Kita turut menemui semula beberapa kotak sarang burung yang dicuri dan suspek akan direman hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel