Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Peguam Syarie Johor ucap tahniah kepada Mohd Na'im


Tarikh kemaskini: 27/03/2019





JOHOR BAHRU, 27 Mac (Bernama) -- Persatuan Peguam Syarie Malaysia Negeri Johor (PGSMNJ) hari ini mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang baharu.

Pengerusinya Yunos Ismail berkata pihaknya mendoakan Mohd Na'im menjalankan tugas dengan penuh amanah, dedikasi dan berintegriti sekali gus dapat meneruskan kecemerlangan jabatan berkenaan.

"Saya mewakili seluruh peguam-peguam syarie negeri Johor mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Datuk Dr Mohd Na'im,” katanya dalam suatu kenyataan.l

Semalam,  Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dalam satu kenyataan  mengumumkan pelantikan Mohd Na’im sebagai  Ketua Pengarah JKSM yang baharu.

Mohd Na’im sebelum ini menjawat jawatan Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dan Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga di JKSM.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Selain itu, beliau berpengalaman menganggotai Panel Majlis Perundingan Islam serta menjadi Anggota  Jawatankuasa Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel