Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bekas naib presiden MIC, tiga lagi individu maut di Kulai


Tarikh kemaskini: 27/03/2019





JOHOR BAHRU, 27 Mac (Bernama) -- Bekas Naib Presiden MIC Tan Sri S Balakrishnan, bersama tiga lagi individu maut dalam kemalangan di Kilometer 33, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Kulai, dekat sini, tengah malam tadi. 

Selain pemimpin berusia 65 tahun itu, turut maut ialah G. Ravi, 55, A. Ragu, 47, dan K. Ramachandran, 51 tahun.

Sementara itu, seorang lagi lelaki yang turut bersama Balakrishnan ketika kejadian dilaporkan cedera iaitu V. Vishnukumar, 44, manakala dua lagi yang turut menaiki kenderaan itu selamat.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow dalam satu kenyataan berkata kejadian berlaku kira-kira 12.10 tengah malam ketika kereta jenis Toyota Vellfire yang dinaiki kesemuanya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru.

Bagaimanapun, sampai di satu kawasan, sebuah lori yang dari arah bertentangan dilaporkan telah hilang kawalan lalu melanggar besi tengah pembahagi jalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh    kenderaan dinaiki Balakrishnan, katanya.

Beliau berkata kenderaan mangsa kemudian sekali lagi dilanggar oleh kenderaan lain (Proton Wira) yang datang dari arah Kuala Lumpur ke Johor Bahru yang gagal mengelak kejadian.

“Akibat kejadian, empat penumpang (termasuk pemandu) kereta Toyota Vellfire itu mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala serta badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” kata Tok. 

Sementara itu, pemandu lori dan Proton Wira itu dilaporkan selamat manakala kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kulai untuk rawatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel