Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Peniaga barang lusuh, pemandu lori didenda buang sisa pepejal terkawal


Tarikh kemaskini: 27/03/2019





MELAKA, 27 Mac (Bernama) -- Seorang peniaga barang lusuh dan pemandu lori masing-masing dikenakan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah membuang sisa pepejal terkawal pada 21 dan 24 Julai 2017.

Mengikut pertuduhan, pemandu lori, Chin Chee Aun, 48, didakwa melonggokkan sisa pepejal pembinaan tanpa kebenaran di tanah simpan sungai beralamat di Jalan PK 23, Kawasan Perindustrian Krubong lebih kurang 1.05 tengah hari, 21 Julai 2017.

Peniaga barang lusuh, Chua Eng Kit didakwa  melonggokkan sisa pepejal pembinaan tanpa kebenaran di tanah milik orang perseorangan beralamat di Lot 556, Mukim Krubong lebih kurang 1.20 tengah hari pada 24 Julai 2017.

Kedua-dua individu terbabit didakwa mengikut seksyen 71 (1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 71(8) akta yang sama yang memperuntukan hukuman denda tidak melebihi RN100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwaan daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Perbersihan Awan  (SWCrop) Negeri Melaka,  Abd Hadi Abd Wahab dan Siti Adora Rahtimin, manakala kedua-dua tertuduh diwakili pegum bela Mohammad Aqmal  Abu Bakar.

Hakim, Norma Ismail menjatuhkan hukuman denda masing-masing RM10,000 kepada kedua-dua tertuduh dan penjara lima bulan jika gagal bayar denda.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel