Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tindakan tutup Tapak Pelupusan Ladang CEP 1 serta merta penting  - Maszlee


Tarikh kemaskini: 26/03/2019





JOHOR BAHRU, 26 Mac (Bernama) -- Tindakan menutup tapak pelupusan Ladang CEP 1 di Simpang Renggam, dekat Kluang, secara serta merta adalah penting memandangkan ia merupakan antara punca kepada pencemaran Sungai Benut, baru-baru ini. 

Anggota Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik berkata beliau menjunjung kasih di atas keprihatinan  dan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar agar isu pencemaran sungai itu diselesaikan.

Selain itu, persetujuan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin serta SWM Greentech yang bersetuju menutup tapak pelupusan berkenaan hari ini, dilihat satu tindakan yang tepat.

“Tindakan penutupan ini amat penting kerana sisa daripada tapak pelupusan berkenaan mengalir masuk ke kawasan sungai dan menjadi antara punca kepada pencemaran.

Masalah bekalan air bersih dan kerap terputus akibat pencemaran dari pelbagai sumber di Sungai Benut ini telah berlarutan lebih 10 tahun. Masalah ini telah menyukarkan kehidupan penduduk khasnya di kawasan Simpang Renggam,” kata beliau yang juga Menteri Pendidikan dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Terdahulu, Zuraida dalam kenyataan hari ini berkata operasi  pelupusan sisa pepejal di tapak pelupusan berkenaan  dihentikan sepenuhnya mulai hari ini susulan laporan terdapat limpahan air larut resap ke sungai berhampiran.

Sementara itu, Maszlee berkata pihaknya  akan terus berusaha gigih bagi memastikan bekalan air bersih di Simpang Renggam diperbaiki dan rakyat di kawasan ini dapat menjalani kehidupan harian dengan lebih selesa.

“Terima kasih sekali lagi kepada semua pemimpin Pakatan Harapan yang terlibat dan ini sesungguhnya adalah salah satu dari janji pilihan raya yang sedang kita perjuangkan untuk rakyat di Simpang Renggam.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel