Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

140 individu ditahan kerana pelacuran dan judi haram di Batu Pahat


Tarikh kemaskini: 25/03/2019





BATU PAHAT, 25 Mac (Bernama) -- Seramai 71 individu ditahan hasil serbuan ke atas 49 premis judi haram di daerah ini semenjak Januari hingga ke hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Azhan Abdul Halim berkata premis yang diserbu terbabit dengan aktiviti perjudian dalam talian, judi loteri awam tanpa lesen dan judi catit taruh haram.

“Mereka yang ditahan berumur antara 20 hingga 50an dan pelbagai peralatan turut dirampas termasuk dua komputer riba, 42 telefon bimbit pelbagai jenama dan 10 mesin pencetak selain wang tunai sebanyak RM28,104,” katanya dalam sidang media selepas sambutan Hari Polis Ke-212 Peringkat Daerah Batu Pahat di Padang Kawad IPD Batu Pahat, hari ini.

Azhan berkata polis juga menahan 69 individu lagi kerana disyaki terbabit aktiviti pelacuran, dalam tempoh yang sama.

“Seramai 26 daripada mereka merupakan warga tempatan manakala 43 lagi ialah warga asing. Kesemuanya berusia antara 20 hingga 40an,” katanya.

Kes disiasat masing-masing di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Sekysen 372B Kanun Keseksaan, Akta Imigresen dan Enakmen Negeri Johor.

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel