Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kementerian beri penekanan aspek pengurusan sisa pepejal - Rina Harun


Tarikh kemaskini: 25/03/2019





KUCHING, 25 Mac (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) kini memberikan penekanan dalam aspek pengurusan sisa pepejal  bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar demi menjaga kesejahteraan, ketenteraman dan keselamatan penduduk.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata itu adalah inisiatif dalam usaha untuk menggalakkan rakyat menjadi lebih prihatin menjaga alam sekitar khususnya di kampung-kampung.

“Oleh itu, kementerian telah mengenal pasti beberapa kampung untuk merencanakan projek perintis Pengurusan Sisa Pepejal bagi menggalakkan komuniti kampung mempraktikkan sistem pengasingan sampah, mewujudkan tapak pengumpulan sampah, projek pembentungan serta pengaliran dan perparitan secara efisien.

“Modul pengurusan sisa pepejal itu juga telah diterapkan dalam program Diploma Profesional  Luar Bandar yang dihadiri Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat.

“Diharap selepas ini mereka boleh memikirkan aktiviti berkaitan untuk menggalakkan komuniti kampung masing-masing menambah baik pengurusan sisa pepejal yang sedia ada berdasarkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh daripada program tersebut,” katanya semasa berucap pada majlis perasmian kampus Institut Kemajuan Desa (INFRA) Cawangan Sarawak di sini, hari ini.

Seramai 140 peserta  yang terdiri daripada Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan dari Kuching, Samarahan, Asajaya, Serian, Sri Aman, Pantu dan Lingga menerima Diploma Profesional Pembangunan Luar Bandar.

Program Diploma Profesional Luar Bandar merupakan program kerjasama antara KPLB dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang bertujuan untuk membekalkan anggota Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengurus dan mentadbir pembangunan masyrakat terutamanya dalam sektor sosioekonomi dan keusahawanan.

Para peserta menjalani latihan dari 4  Mac hingga ia tamat hari ini di kampus INFRA cawangan Sarawak dan antara merupakan kumpulan pertama mendapat diploma tersebut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Amalan letak wanita di kelas rendah dalam organisasi kini tidak relevan

 
     

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel