Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kadar jenayah kekerasan di Sarawak turun - Polis


Tarikh kemaskini: 25/03/2019





KUCHING, 25 Mac (Bernama) -- Kes jenayah kekerasan di negeri ini menurun 12.63 peratus iaitu 173 kes bagi tempoh Januari hingga 20 Mac lepas, berbanding 198 kes dilapor pada tempoh sama tahun lepas.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata bagaimanapun kadar jenayah indeks di negeri ini dalam tempoh yang sama meningkat daripada 1,254 kes tahun lepas kepada 1,318 kes tahun ini.

“Keadaan jenayah di negeri ini pada umumnya berada pada tahap yang terkawal,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Polis ke-212 peringkat negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini hari ini. 

Beliau berkata jenayah komersial juga menunjukkan penurunan sebanyak 120 kes atau 29.26 peratus iaitu 290 kes sehingga 19 Mac lepas berbanding 410 kes dalam tempoh sama tahun 2018.

“Penurunan jenayah komersial di Sarawak berkait rapat dengan pembanterasan berterusan jenayah komersial dan program kesedaran jenayah yang giat dilakukan polis di sini,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Amalan letak wanita di kelas rendah dalam organisasi kini tidak relevan

 
     

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel