Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penganjur pertandingan memancing ditahan kerana disyaki tipu wang hadiah


Tarikh kemaskini: 25/03/2019





JASIN, 25 Mac (Bernama) -- Polis menahan seorang penganjur pertandingan memancing di sini selepas enam laporan polis dibuat terhadapnya oleh peserta yang tidak berpuas hati kerana mendakwa lelaki 39 tahun itu menipu kerana tidak membayar wang hadiah kemenangan yang dijanjikan berjumlah RM41,500.

Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Arshad Abu berkata berkata, siasatan awal polis mendapati seramai 310 peserta telah mendaftar untuk menyertai pertandingan itu dengan membayar yuran penyertaan RM100 seorang.

Namun, setelah keputusan diumumkan, penganjur memberi pelbagai alasan untuk tidak membayar wang hadiah, antaranya pertukaran tempat pertandingan dari Pulau Besar ke Pantai Sireng yang telah menjejaskan pusingan wang penganjur, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

"Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh seorang pengadu, beliau menyertai pertandingan di Pantai Sireng itu berdasarkan 'flyer' (risalah) yang diedarkan, (yang menjanjikan) pemenang (pertama) bakal memenangi wang berjumlah RM20,000.

"Bagaimanapun, selepas tamat pertandingan pengadu yang memenangi pertandingan tersebut tidak menerima sebarang wang kemenangan seperti dijanjikan oleh penganjur," katanya

Pertandingan itu dikatakan menawarkan hadiah wang RM20,000 untuk pemenang pertama manakala pemenang seterusnya dikatakan bakal menerima hadiah secara berperingkat sehingga tempat ke-50 dengan jumlah keseluruhan wang hadiah sebanyak RM41,500.

Beliau berkata, lelaki yang ditahan itu dikatakan pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel