Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sultan Johor mahu pihak berkuasa siasat pencemaran di dua sungai


Tarikh kemaskini: 25/03/2019





JOHOR BAHRU, 25 Mac (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini menitahkan pihak berkuasa agar segera menyiasat pencemaran yang berlaku di Sungai Ulu Benut dan Sungai Machap dekat Simpang Renggam yang dipercayai menyebabkan berlakunya kematian ikan-ikan di sungai tersebut.

Sultan Ibrahim, dalam satu kenyataan, mahu satu siasatan secara menyeluruh berkaitan pencemaran tersebut dilakukan agar kejadian seperti di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang tidak berulang lagi.

Dalam satu kenyataan menerusi Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim bertitah agar pihak berkuasa yang berkaitan segera mengemukakan laporan berhubung pencemaran itu.

“Lakukan siasatan dan saya juga mahukan laporan segera berhubung perkara ini. Sesiapa sahaja terlibat perlu bertanggungjawab kerana melakukan pencemaran terhadap sungai-sungai.

“Ini satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab,” titah baginda.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Anggota Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik dijangka melawat Sungai Ulu Benut itu tengah hari ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel