OItFnhSLrHs Sungai Kim Kim: Polis buru pemilik kilang warga Singapura
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sungai Kim Kim: Polis buru pemilik kilang warga Singapura


Tarikh kemaskini: 24/03/2019





JOHOR BAHRU, 24 Mac (Bernama) -- Polis Johor sedang mengesan seorang pemilik kilang warga Singapura bagi membantu siasatan kes melupuskan sisa bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim, di Pasir Gudang, awal bulan ini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu kini diletakkan dalam senarai orang dikehendaki dan pihaknya telah memohon bantuan pihak berkuasa Singapura untuk menahan lelaki tersebut.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini, beliau berkata lapan daripada 11 individu ditahan sebelum ini bagi membantu siasatan telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah didapati tidak terbabit dalam insiden pencemaran bahan toksik di sungai berkenaan.

Dalam pada itu, seorang pemandu lori dan dua pengarah syarikat mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan membuang dan bersubahat melupuskan bahan sisa toksik ke dalam sungai tersebut pada 7 Mac lalu.

Mohd Khalil juga menegaskan anggota dan pegawai yang terbabit dalam siasatan kes tersebut telah bekerja keras untuk menahan suspek berasaskan fakta yang diperolehi, sekali gus menepis dakwaan segentir netizen kononnya pihak polis hanya 'wayang’ berhubung kes itu.

”Kita buat kerja seikhlas hati, sebaik mungkin. Kita tidak tangkap orang sesukati hati, mesti ada fakta dan apabila kita tangkap dengan fakta, kita juga mesti ada dapat jaminan pertuduhan, baru kita tuduh di mahkamah,” katanya.

Justeru, beliau meminta netizen supaya jangan mengguris hati anggota dan pegawai yang bertungkus lumus untuk cuba menyelesaikan kes itu dengan kadar segera.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel