Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Naik taraf Kem Pengakap Tiku Tawau akan dibincangkan di kementerian


Tarikh kemaskini: 24/03/2019





TAWAU, 24 Mac (Bernama) -- Usaha menaik taraf Kem Pengakap Tiku di sini, akan dibawa ke peringkat  Kementerian Belia dan Sukan Sabah untuk perbincangan lanjut.

Menterinya, Frankie Poon Ming Fung berkata perbincangan itu merangkumi pelbagai aspek termasuk pemilikan tanah.

"Saya tidak biasa dengan keadaan kem ini, saya perlu melihat keadaannya terlebih dahulu dan yang mana satu yang saya boleh mula-mula bantu.  Ada perkara yang boleh dilakukan dalam jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang, saya akan buat yang terbaik dengan dengan kuasa yang saya ada dan bincang dalam mesyuarat kementerian," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal merasmikan Jambori Nusantara Antarabangsa kali kedua di sini, hari ini.

Program itu disertai lebih 1,500 pengakap darat, kelana dan udara di Sabah termasuk  dari  Indonesia  dan Brunei.

Dalam pada itu, Mohd Shafie dalam teks ucapan dibacakan Frankie, berkata generasi muda  perlu  dilengkapkan  dengan ilmu, kemahiran, pengalaman serta nilai kesukarelawan yang tinggi untuk menjadi pelapis pemimpin masa hadapan.

Menurut Mohd Shafie, Jambori diyakini bukan sahaja dapat menerap nilai kesukarelawanan peserta tetapi  mendidik mereka supaya berdisiplin serta bersikap positif dan bersemangat.

Berkaitan penglibatan kontinjen pengakap dari Nunukan dan Tarakan, Indonesia serta Brunei itu, katanya perkara itu sekali gus dapat mengeratkan semangat nusantara menerusi program jambori.

“Pada hemat saya, jambori merupakan medium untuk menyatukan perpaduan dalam keadaan hidup bermasyarakat,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Sabah Mejar Baharudin  Chinchang  Ujang  menyarankan jawantankuasa pengakap di sini menyediakan kertas kerja berhubung keperluan menaik taraf kem di Tiku itu.

--BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel