Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pengarah JAS nafi PhD dimiliki palsu


Tarikh kemaskini: 24/03/2019





JOHOR BAHRU, 24 Mac (Bernama) -- Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Datuk Dr Muhammad Ezanni Mat Salleh menafikan beliau memegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) palsu, seperti yang ditularkan dalam media sosial, baru-baru ini.

Beliau memberitahu telah menamatkan pengajian program Ijazah Doktor Falsafah (Kejuruteraan) Sistem Elektrik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 8 September 2015 dengan majlis konvokesyen  diadakan pada 19 September, tahun sama.

“Di pangkalan data Kementerian Pendidikan Malaysia juga ada tersenarai nama saya. Saya mempunyai surat pengesahan kelayakan akademik yang telah disahkan Timbalan Naib Canselor Akademik Antarabangsa), Professor Ir Tan Sri Dr Rezuwan Kamaruddin,” katanya kepada media di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini.

Beliau yang hadir ke mahkamah itu untuk menyaksikan kes pendakwaan tiga suspek kes pencemaran sisa bahan Kimia Sungai Kim Kim turut menunjukkan surat kelayakannya itu kepada media .

Mengulas lanjut, Muhammad Ezanni berkata selepas menamatkan pengajian, beliau terus berkhidmat di sektor perkhidmatan awam sebagai pegawai kawalan alam sekitar bermula tahun 2004.

"Saya merupakan pemegang biasiswa jabatan perkhidmatan awam (JPA) dan sebagai pemegang biasiswa, saya mempunyai kontrak dengan JPA," katanya.

Katanya, berikutan tohmahan yang dihadapi, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pelangi, di sini, pada 15 Mac lalu bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap dalang yang menyebarkan dakwaan terbabit.

"Saya nasihatkan masyarakat agar sentiasa meneliti dan menyelidik kesahihan sesuatu berita, sebelum mempercayainya kerana ia boleh menjejaskan reputasi dan maruah seseorang individu," katanya.

Baru-baru ini, terdapat pihak mendakwa izajah kedoktoran yang dimiliki Muhammad Ezanni adalah palsu berikutan jawatan yang dipegangnya kini tidak sealiran dengan bidang pengajian yang diikutinya.

-- BERNAMA 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel