Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemandu sempat selamatkan diri apabila kenderaan terbakar


Tarikh kemaskini: 24/03/2019





KUCHING, 24 Mac (Bernama) - Seorang pemandu sempat menyelamatkan diri sebelum kenderaan yang dipandunya terbakar akibat dirempuh oleh sebuah kenderaan yang datang dari arah bertentangan di Jalan Bau-Serikin awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu berkata dalam kejadian 3.20 pagi itu, mangsa yang berusia 54 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Krokong, Bau.

“Tiba-tiba sebuah kenderaan yang dipandu seorang lelaki berusia 41 hilang kawalan lalu masuk ke lorong bertentangan sebelum merempuh kenderaan yang dipandu oleh mangsa.

“Akibat daripada pelanggaran itu, kereta mangsa telah terbakar, bagaimanapun mangsa sempat keluar menyelamatkan diri dan mengalami luka di lutut kiri selain menerima enam jahitan serta  terseliuh di bahu kiri,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Alexson berkata, manakala seorang lagi  mangsa mengalami kecederaan parah yang retak di bahagian tulang dagu serta pendarahan dalam kepala.

“Mangsa yang tidak sedarkan diri telah dirawat di Hospital Bau sebelum dirujuk  ke Hospital Umum Sarawak, namun disahkan meninggal dunia pada jam 8.30 pagi tadi,” katanya.

— BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Amalan letak wanita di kelas rendah dalam organisasi kini tidak relevan

 
     

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel