Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

11 individu ditahan dalam operasi cegah jenayah di Kota Kinabalu


Tarikh kemaskini: 24/03/2019





KOTA KINABALU, 24 Mac (Bernama) -- Polis menahan 11 individu termasuk tiga wanita dalam operasi cegah jenayah dijalankan di tujuh lokasi berasingan sekitar bandar raya ini, semalam.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata kesemua individu terbabit adalah pendatang asing tanpa izin (PATI) berumur dalam lingkungan 14 hingga 70 tahun dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

"Tumpuan lokasi operasi dijalankan adalah kawasan sekitar Kota Kinabalu bagi membendung kadar pertumbuhan pendatang tanpa izin yang boleh mengundang kepada kegiatan jenayah di bandar raya ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Habibi berkata operasi berlangsung selama lapan jam berakhir pada 12.15 tengah malam tadi turut dibantu agensi lain termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Sementara itu, dalam operasi berasingan, Habibi berkata seramai lapan lelaki telah ditahan dalam Op Sarang di dua lokasi berasingan di Manggatal, dekat sini, semalam.

Habibi berkata kesemua mereka berumur 15 hingga 48 tahun itu adalah sebahagian daripada 25 individu diperiksa dalam operasi khas di Kampung Labou dan Kampung Lok Buno di Manggatal dari pukul 1 tengah hari hingga 8.30 malam.

Katanya empat lelaki ditahan itu akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, dua lelaki disiasat mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952, manakala dua lagi individu disiasat di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

Polis turut merampas dadah jenis syabu seberat 0.2 gram dianggarkan bernilai RM30, katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Amalan letak wanita di kelas rendah dalam organisasi kini tidak relevan

 
     

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel