Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Kota Kinabalu tahan 55 individu atas pelbagai kesalahan dadah


Tarikh kemaskini: 24/03/2019





KOTA KINABALU, 24 Mac (Bernama) -- Polis Kota Kinabalu menahan 55 individu atas pelbagai kesalahan bersabit dadah dalam operasi di sekitar bandar raya itu termasuk Likas, Sembulan dan Tanjung Aru dalam tempoh seminggu bermula 15 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji dalam kenyataan hari ini berkata kesemua suspek  berumur 15 hingga 54 tahun yang ditahan itu turut merangkumi tujuh warga asing.

“Seramai tujuh individu ditangkap atas kesalahan memiliki dadah manakala 48 lagi didapati positif dadah selepas ujian urin dijalankan,” katanya.

Habibi berkata polis turut merampas dadah jenis ganja seberat 272.45 gram yang dihantar menggunakan perkhidmatan kurier di sebuah pejabat pos selain merampas 2.35 gram syabu, dengan rampasan dianggarkan bernilai RM11,200.

Usaha membanteras pengedaran dan penagihan dadah di sekitar Kota Kinabalu akan terus diperhebat bagi memelihara kesejahteraan masyarakat setempat, katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel