Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pembalakan haram di hutan simpan harus dihentikan di Sabah - Mohd Shafie


Tarikh kemaskini: 23/03/2019





PAPAR, 23 Mac (Bernama) -- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu Jabatan Perhutanan Sabah meningkatkan usaha penguatkuasaan menghentikan kegiatan pembalakan haram di kawasan hutan simpan di negeri ini.

Beliau berkata tindakan itu penting bagi memastikan kawasan hutan simpan dipulihara sepenuhnya daripada sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan kawasan hutan tersebut.

"Hutan simpan yang ada mesti dijaga dengan baik dan saya tidak mahu melihat berlaku pembalakan haram di kawasan itu. Kerajaan negeri Sabah memberikan komitmen tinggi dalam memastikan hutan simpan yang ada harus dilindungi sepenuhnya. 

"Ini termasuklah dalam membuat keputusan menghentikan eksport kayu balak ke luar negara," katanya ketika melancarkan sambutan Hari Hutan Antarabangsa peringkat kebangsaan di Pusat Sejadi Hutan Lipur Kawang dekat sini, hari ini.

Mohd Shafie berkata sebab itu ketika mula dilantik menjadi Ketua Menteri, beliau mengarahkan Yayasan Sabah menghentikan kegiatan pembalakan di kawasan hutan di bawah mereka.

Katanya pembalakan bukan lagi sumber utama kewangan kerajaan negeri  sepertiyang berlaku pada pemerintahan kerajaan negeri sebelum ini.

Sebaliknya, beliau berkata kerajaan negeri sekarang mempelbagai sumber kewangan negeri dari pelbagai sektor yang ada.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     

Penganjuran e-sukan menguntungkan negara

 
     

Takaful IKHLAS perkenal IWE sebagai platform peserta bantu masyarakat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel