Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Warga emas antara enam ditahan AADK di Yan


Tarikh kemaskini: 21/03/2019





ALOR SETAR, 21 Mac (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas adalah antara enam individu yang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam serbuan menerusi Op Aduan yang dijalankan di enam kampung di sekitar daerah Yan, semalam.

Ketua Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Yan, Muhammad Ramli berkata operasi yang  bermula 10 pagi hingga 4 petang itu telah berjaya menahan warga emas yang berumur 60 tahun di rumahnya di Kampung Sungai Limau Dalam.

"Warga emas yang mengambil dadah jenis heroin dan syabu selama 30 tahun itu telah menjadikan rumahnya sebagai port menghisap dadah dan dia yang bekerja sebagai buruh telah menggunakan hasil wang yang diperolehi untuk membeli bekalan dadah.

"Selain warga emas itu, operasi yang turut dijalankan di Kampung KEDA Sungai Udang, Kampung Perupuk, Kampung Kuala Dulang, Kampung Kabu 10 dan Kampung Ban 7A telah menahan lima indvidu lain yang berumur antara 20 hingga 60 tahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad berkata kesemua yang ditahan telah dibawa ke Pejabat AADK Daerah Yan dan hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah jenis opiat dan syabu.

Katanya, kesemua mereka akan disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel