Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jenazah remaja Malaysia dikebumikan di New Zealand


Tarikh kemaskini: 21/03/2019





GEORGE TOWN, 21 Mac (Bernama) -- Jenazah Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, remaja berumur 17 tahun dari Kedah yang menemui ajal dalam kejadian tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand Jumaat lepas, dikebumikan di Bromley Memorial Park Cemetery di bandar yang sama hari ini.

Anggota Exco Pulau Pinang Phee Boon Poh yang baru kembali dari Christchurch berkata beliau dimaklumkan oleh petugas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand bahawa majlis pengebumian selesai pada kira-kira pukul 4.00 petang waktu New Zealand (11.00 pagi waktu Malaysia).

“Majlis pengebumian berlangsung selepas solat Zohor, menerusi tatacara pengurusan jenazah mengikut agama Islam,” katanya di sini hari ini.

Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang yang baru kembali ke tanah air malam tadi itu, bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sekiranya anggota keluarga Muhammad Haziq hadir semasa majlis pengebumian.

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini mengesahkan bahawa Muhammad Haziq adalah antara 50 yang maut dalam tragedi di New Zealand itu.

Bapanya Mohd Tarmizi Shuib, 42, bersama dua lagi rakyat Malaysia; Muhammad Nazril Hisham Omar dan Rahimi Ahmad; juga tercedera apabila penyerang melepaskan tembakan ke arah jemaah Masjid Al Noor serta Masjid Linwood, dalam kejadian itu.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     

Ibu tunggal didakwa bunuh anak sendiri

 
     

Tiada rancangan laksanakan kajian mansuh butiran agama pada kad pengenalan - KDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel