Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

ADUN Balung minta projek empangan Tawau diteruskan


Tarikh kemaskini: 21/03/2019





TAWAU, 21 Mac (Bernama) -- Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah meminta kerajaan negeri itu meneruskan projek Empangan Tawau di Gudang Empat dekat sini  yang telah tertangguh bagi manfaat masyarakat terutama dalam menangani isu air.

ADUN Balung  Datuk Osman Jamal berkata dengan pelaksanaan projek itu sahaja akan dapat mengatasi kemelut air di daerah ini.

“Cara ini sahaja kita dapat menguruskan pembekalan air (takungan air mentah dilepaskan ke loji).

“Sekarang ini, kalau hujan lebat, kita terpaksa hentikan operasi laji, kalau kemarau,  air yang dikeluarkan daripada loji itu pula berkurangan dan dengan adanya empangan ini maka air yang  dibekalkan kepada loji akan  berterusan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili penduduk Bandar Sri Indah (BSI) menyerahkan memorandum krisis air BSI kepada Jurutera Air Bahagian Tawau, Asabri Robensen untuk Jabatan Air Negeri Sabah di sini, hari ini.

Memorandum ditandatangani penduduk BSI itu antara lain menuntut kerajaan negeri dapat meneruskan projek empangan air tawau bukan setakat menyelesaikan masalah air di BSI malahan seluruh Tawau.

Sebelum ini, sebuah empangan pelbagai fungsi dianggarkan bernilai RM450 juta akan dibina di Jalan Gudang 4 Tawau yang mampu mengatasi masalah banjir selain kekurangan bekalan air mentah.

Empangan yang berfungsi sebagai takungan dan simpanan air mentah itu dijangka siap menjelang 2021 bagaimanapun projek itu ditangguhkan.

Sementara itu, Osman berkata projek empangan itu akan dibawa ke persidangan DUN untuk dibentangkan selain beberapa projek penting yang perlu dilaksanakan dalam kawasan DUN Balung.

“Kerajaan negeri ada peruntukan daripada persekutuan untuk melaksanakan projek demi rakyat,” katanya lagi.

Berkaitan masalah di BSI, katanya pemaju BSI Hap Seng Properties Development Sdn Bhd sedang mengkaji keperluan membina loji air untuk BSI bagi menangani masalah air yang berlarutan sehingga 10 tahun.

--BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel