Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerani, peniaga rugi lebh RM8,000 ditipu iklan pinjaman wang di Facebook


Tarikh kemaskini: 21/03/2019





MIRI, 21 Mac (Bernama) -- Seorang ahli perniagaan serta kerani syarikat menjadi mangsa terbaharu iklan tawaran pinjaman wang  di Facebook yang mengakibatkan kerugian berjumlah RM8,356.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Supt  Mustafa Kamal Gani Abdullah  berkata, kes pertama berlaku di Marudi melibatkan seorang mangsa wanita berumur 21 tahun yang bekerja sebagai kerani syarikat dengan kerugian direkodkan berjumlah RM6,300.

"Mangsa telah melihat iklan tawaran pinjaman peribadi berlesen di Facebook pada 7 Mac dan telah meninggalkan nombor telefon bimbit di ruang komen Facebook itu,"katanya dalam satu kenyataan pada petang ini.

Mustafa berkata, pada hari yang sama seorang lelaki berkongsi dengan mangsa menerusi Whatapps jadual pembayaran menggunakan nombor 016-6844821 dan mangsa bersetuju untuk memohon pinjaman berjumlah RM10,000.

"Mangsa telah menghantar gambar Mykad, slip gaji, nombor akaun Public Bank serta Bank Simpanan Nasional (BSN) milik mangsa menerusi Whatapps,"katanya sambil menambah mangsa turut membayar RM6,300 sebagai bayaran pendahuluan serta cukai kepada suspek. -

Beliau berkata, mangsa merasa curiga apabila suspek meminta bayaran tambahan berjumlah RM5,000 namun wang pinjaman dipohon masih tidak diterima lalu mangsa membuat laporan polis.

Menurutnya, kes kedua melibatkan seorang ahli perniagaan lelaki berusia 36 tahun di sini yang telah melayari Facebook pada 15 Mac lalu ternampak iklan pinjaman wang melalui UOB Credit Sdn Bhd dan mangsa terus mengisi butiran peribadi dalam iklan tersebut untuk memohon pinjaman.

"Pada Isnin lepas (18 Mac) mangsa dihubungi oleh suspek yang dikenali dengan nama Mr Jack menerusi nombor telefon 0109155598 dan mangsa menyatakan ingin membuat pinjaman berjumlah RM10,000,"katanya.

Katanya mangsa diminta menyediakan salinan Mykad,bil eletrik serta dua nama untuk rujukan pinjaman dan mangsa telah menghantar gambar dokumen tersebut menerusi Whatapps.

"Suspek menghubungi mangsa mendakwa permohonan pinjaman diluluskan namun perlu membayar wang RM2,056 sebagai insuran serta pelepasan cukai,"katanya sambil menambah mangsa membuat pembayaran pada Selasa (19 Mac) tetapi suspek sekali lagi meminta bayaran tambahan RM1,200 namun tidak diendahkan mangsa yang tahu ianya satu penipuan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Bacaan IPU di Sri Aman kekal 'sangat tidak sihat'

 
     

Raja Muda Perlis sampaikan sumbangan kepada anak yatim dan asnaf

 
     

Jumlah pendaki Gunung Kinabalu meningkat tujuh peratus

 
     

Malaysia harus berkembang pacu usaha ke arah kelestarian masa depan - Sultan Nazrin

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel