5s3tnYbRrY0 Konvoi Perodua Aruz Transborneo adakan promosi sambil lakukan CSR
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Konvoi Perodua Aruz Transborneo adakan promosi sambil lakukan CSR


Tarikh kemaskini: 21/03/2019





SANDAKAN, 21 Mac (Bernama) -- Konvoi Perodua Aruz TransBorneo hari ini meneruskan penjelajahan ke Sandakan untuk mengadakan promosi, bertemu dengan komuniti, sambil melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata hari ini adalah hari kelima konvoi yang disertai enam unit Aruz yang memulakan perjalanan dari Kuching, Sarawak pada 16 Mac lepas.

"Sambil mengadakan promosi, kita juga melakukan program CSR untuk membantu golongan yang memerlukan. Hari ini kita berada di Sandakan dan  kita telah mengadakan CSR di Rumah Anak Yatim Al Yakin, Sandakan.

"Dalam program CSR ini kita telah telah menyampaikan sumbangan berupa makanan dan wang tunai sebanyak RM5, 000 untuk kegunaan 20 penghuni rumah anak yatim berkenaan," katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada pemberita pada program berkenaan di sini hari ini.

Zainal Abidin berkata CSR seumpama itu telah dilaksanakan sejak 10 tahun lepas dan ia adalah aktiviti yang akan sentiasa diadakan untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan.            -- LAGI

"Sebagai sebuah syarikat tempatan yang mengutamakan insan, kami berharap agar sumbangan ini sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada mereka," katanya.

Mengulas mengenai konvoi berkenaan, beliau berkata ia membabitkan jarak sejauh 1,500 kilometer dari Kuching, Sarawak sehingga ke Tawau, Sabah yang akan berakhir Jumaat ini.

"Pasukan konvoi ini telah singgah di beberapa bandar utama seperti Sibu, Bintulu, Miri, Kota Kinabalu, dan Ranau bagi bertemu dengan komuniti dan pihak berkuasa tempatan untuk memperkenal serta memberi pengalaman pemanduan Aruz, iaitu SUV baharu Perodua," katanya.

Katanya Aruz adalah Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang diperakui kerajaan dengan penggunaan bahan api yang terbaik dalam kelasnya.

“Ia menjadikan Aruz sangat sesuai untuk Malaysia Timur yang mana model yang memberi nilai terbaik ini ditawarkan pada harga RM74,900 untuk varian X dan RM79,900 untuk varian AV," tambahnya.        

 -- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

KYP Advanced Skills dialukan dalam penubuhan De' Royal Azizah Culinary School

 
     

Pindaan kaedah ujian memandu untuk laksanakan e-testing - Loke

 
     

Kejayaan sesuatu penyampaian diukur kepuasan pelanggan - Aminuddin

 
     

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel