Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hassan Embong dilantik Panglima 30 Briged Infantri Malaysia yang baharu


Tarikh kemaskini: 21/03/2019





PADANG BESAR, 21 Mac (Bernama) -- Brig-Jen Hassan Embong, 52, dilantik sebagai Panglima 30 Briged Infantri Malaysia ke-10 menggantikan Brig-Jen Hashim Aman Shah yang ditukarkan ke Bahagian Operasi dan Latihan (OPLAT) Kementerian Pertahanan (KEMENTAH), Kuala Lumpur.

Majlis serah-terima tugas jawatan itu berlangsung di Markas 30 Briged Kem Bukit Cowder di sini disaksikan Panglima 2 Divisyen Infantri Mejar-Jen Datuk Mardzuki Muhammad.

Hassan, anak kelahiran Endau, Mersing, Johor berpengalaman lebih 30 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sebelum ini merupakan Pengarah Dasar dan Pembangunan Sumber Manusia KEMENTAH.

Upacara penyerahan tugas itu diserikan dengan perbarisan oleh 300 orang pegawai dan anggota Briged Sempadan di Padang Kawad Markas 30 Briged Infantri.

Bercakap kepada media selepas menerima tugas itu, Hassan berkata beliau akan meneruskan visi dan misi untuk mengekalkan kecemerlangan 30 Briged. 

"Saya juga akan memberi dorongan kepada pegawai dan anggota untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi sejajar dengan pemodenan ATM," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel