Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pesawat SU-30MKM, F/A-18D Hornet tiba di Langkawi hari ini


Tarikh kemaskini: 21/03/2019





LANGKAWI, 21 Mac (Bernama) -- Kehangatan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA'19) mula dirasai dengan kehadiran pesawat yang terlibat pada acara dwitahunan itu.

Jurucakap Jawatankuasa Promosi LIMA`19, berkata pesawat tempur milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sukhoi SU-30MKM dan F/A-18D Hornet dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) hari ini.

Beliau berkata pesawat Sukhoi SU-30MKM dari No 11 Skuadron manakala F/A-18D Hornet dari No 18 Skuadron telah mengadakan latihan di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang sejak beberapa hari lalu sebelum memasuki Langkawi hari ini.

“Selain itu, helikopter Sikorsky S-61A-4 Nuri dari No 3 dan No 7 Skuadron serta EC-725 dari No 10 Skuadron juga dijangka tiba hari ini,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama di LIA mendapati pergerakan keluar masuk pesawat melibatkan tiga buah pesawat Charlie C-130 yang membawa penumpang serta peralatan telah bermula sejak pagi tadi.

LIMA'19 yang berlangsung dari 26-30 Mac akan diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan Resort World Langkawi (RWL).

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel