Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pencalonan Anugerah Pelancongan Hornbill Sarawak Ke-8 bakal ditutup


Tarikh kemaskini: 21/03/2019





KUCHING, 21 Mac (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan Belia dan Sukan Sarawak hari ini mempelawa orang ramai yang berminat untuk menyertai Anugerah Pelancongan Hornbill Sarawak Kelapan 2017/2018 yang akan ditutup untuk penyertaan dalam masa dua minggu lagi.

Kementerian itu amat mengalu-alukan penyertaan semua dan berharap mereka yang berminat untuk menyertai anugerah itu, turut menyertakan sekali berita, artikel, video dan gambar yang relevan kepada skretariat secepat mungkin.

Anugerah itu menawarkan sembilan kategori utama termasuk dua bahagian baharu iaitu Pusat Beli-Belah Terbaik dan Acara Pelancongan Sukan Terbaik dan dalam kategori utama ini terdapat 31 subkategori yang lain.

Pemenang anugerah itu akan menerima piala dan sijil Anugerah Pelancongan Hornbill Sarawak, insentif wang tunai RM5,000 dan insentif pemasaran bernilai RM3,000.

Bagi pemenang Anugerah Khas Hornbill pula akan menerima piala, sijil dan wang tunai RM10,000.

Penyertaan dibuka dari sekarang sehingga 31 Mac 2019 dan borang boleh dimuat turun di https://mtacys.sarawak.gov.my/.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Bacaan IPU di Sri Aman kekal 'sangat tidak sihat'

 
     

Raja Muda Perlis sampaikan sumbangan kepada anak yatim dan asnaf

 
     

Jumlah pendaki Gunung Kinabalu meningkat tujuh peratus

 
     

Malaysia harus berkembang pacu usaha ke arah kelestarian masa depan - Sultan Nazrin

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel