Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

46 lokasi berpotensi berlaku pencemaran di Pasir Gudang - Yeo


Tarikh kemaskini: 20/03/2019





ISKANDAR PUTERI, 20 Mac (Bernama) -- Sebanyak 46 lokasi di Pasir Gudang dikenal pasti berpotensi menjadi sumber pencemaran, kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin.

Penemuan itu katanya diperoleh berdasarkan data satelit susulan pemantauan pihak berkuasa ketika mengesan punca dan sumber kes pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim. 

“Bagi 46 lokasi itu saya tiada angka yang tepat sama ada antaranya adalah tempat pelupusan sampah domestik atau adalah tempat (pembuangan) sisa berjadual,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan laporan terperinci oleh Jawatankuasa Saintifik mengenai pencemaran sungai di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Dato Jaafar Muhamad di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Yeo bagaimanapun menegaskan kesemua lokasi itu disahkan bukan sumber kepada pencemaran gas di Sungai Kim Kim. 

"Punca pencemaran keracunan gas hanya satu, iaitu di Sungai Kim Kim,” katanya yang turut mengesahkan pencemaran di Sungai Selangkah dan Sungai Masai juga bukan punca keracunan sungai berkenaan.

Menjelas lanjut, Yeo berkata kementerian akan mewujudkan jawatankuasa penilai bagi melihat sungai-sungai tercemar bukan sahaja di Pasir Gudang malah di semua kawasan perindustrian di seluruh negara.

“Apa yang dilakukan di sini, akan dilakukan di kawasan perindustrian-perindustrian lain di Malaysia. Apa yang kita pelajari mengenai isu ini adalah kita kena memperkukuhkan lagi prosedur operasi standard (SOP), macam mana kita boleh memperkukuhkan operasi kita untuk menjaga kualiti alam sekitar,” kata beliau.

Selain itu, beliau berkata adalah penting untuk memperkasakan jentera di bawah agensi-agensi Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) bagi memperhebatkan lagi aktiviti penguatkuasaan pada masa hadapan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Lapor berita benar, jangan mengadu domba, jaga sensitiviti, kata Undang Luak Jelebu kepada media

 
     

PDRM diarah buat sekatan jalan, halang aktiviti bawa keluar sisa toksik secara runcit

 
     

Jambatan angkat dijangka dibuka 1 Ogos - Exco Terengganu

 
     

Pencemaran udara Pasir Gudang: Sembilan tabika perpaduan ditutup

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel