Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Wakil rakyat digesa manfaatkan peruntukan DUN untuk atasi masalah air


Tarikh kemaskini: 20/03/2019





TAWAU, 20 Mac (Bernama) -- Jawatankuasa Bencana Daerah Tawau meminta wakil rakyat di daerah itu menggunakan peruntukan khas Dewan Undangan Negeri bagi menyediakan tangki serta tempat sesuai untuk mengumpulkan dan mengagihkan air kepada penduduk yang terjejas bekalan.

Pengerusinya Alijus Sipil berkata ini kerana tabung bencana tidak dapat digunakan sepenuhnya berikutan Tawau tidak diisytiharkan sebagai kawasan bencana kemarau.

“Tabung bencana daerah ini kita hanya dapat gunakan sebahagian untuk membayar kos pengambilan dan penghantaran air ke kawasan terjejas dan sebahagian lagi kita mengharapkan bantuan daripada pemimpin-pemimpin daerah ini.

“Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) sudah maklum perkara ini dan kita minta Sekretariat Jawatankuasa Bencana Daerah iaitu Agensi Pertahanan Awam (APM) untuk berhubung sendiri dengan UPPM sekali gus mengenal pasti kawasan yang bermasalah bekalan air," katanya.

Alijus yang juga Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan pelancaran Lightbox sempena Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) 2019 di sini, hari ini.

Sementara itu, Alijus berkata agensi yang memiliki kemudahan lori seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, MPT, Jabatan Air serta APM digembleng untuk menghantar air ke pusat pengumpulan dan pengagihan air yang dikenal pasti termasuk di Taman Perwira dan Ranggu Saujana.

“Penduduk boleh mengambil air secara percuma di pusat ini,” katanya.

Menurutnya aduan gangguan bekalan paling banyak diterima daripada penduduk di kawasan Batu 10, Bandar Sri Indah, kawasan Ranggu dan Taman Perwira.

"Sumber air di Tawau masih ada cuma berkurangan untuk diproses ke loji terutamanya Loji Air Utara dan pengagihan diberikan ke kawasan utama, menyebabkan kawasan hujung (termasuk Batu 10 dan kawasan sekitarnya) berdepan dengan gangguan bekalan air termasuk catuan," katanya lagi.

Tawau tidak diisytiharkan sebagai kawasan bencana kemarau berdasarkan taburan hujan masih diterima di kawasan hulu daerah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Bacaan IPU di Sri Aman kekal 'sangat tidak sihat'

 
     

Raja Muda Perlis sampaikan sumbangan kepada anak yatim dan asnaf

 
     

Jumlah pendaki Gunung Kinabalu meningkat tujuh peratus

 
     

Malaysia harus berkembang pacu usaha ke arah kelestarian masa depan - Sultan Nazrin

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel