Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga daerah di Sabah catat IPU sederhana


Tarikh kemaskini: 19/03/2019





KOTA KINABALU, 19 Mac (Bernama) -- Kualiti udara di tiga daerah di Sabah mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sederhana setakat pukul 2 petang ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, tiga daerah itu ialah Kimanis yang mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 84, diikuti Kota Kinabalu (63) dan Keningau (62).

Pulau bebas cukai Labuan turut mencatat bacaan IPU pada tahap sederhana iaitu 52.

Kadar bacaan IPU di Tawau dan Sandakan pula pada kategori baik masing-masing 35 dan 38.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai yang ingin mengetahui tahap IPU di Sabah boleh merujuk laman web http://apims.doe.gov.my untuk mendapat bacaan IPU terkini pada setiap jam.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel