Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Solusi jangka pendek, panjang dirangka atasi masalah bekalan air penduduk Simpang Renggam


Tarikh kemaskini: 17/03/2019





KLUANG, 17 Mac (Bernama) -- Solusi jangka pendek dan panjang telah dirangka bagi mengatasi masalah bekalan air mentah kepada penduduk di kawasan sekitar Simpang Renggam yang mengalami masalah berkenaan.

Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik berkata dalam masa yang sama, pihaknya juga telah berjaya mengesan antara punca-punca terbesar masalah bekalan air kepada penduduk di situ iaitu masalah sistem pelupusan sampah di kawasan itu.

Katanya, beliau dan pasukan Parlimen Simpang Renggam akan berusaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam masa terdekat ini.

“Yang paling terdekat, kita akan pastikan agar limpahan larut resapan daripada tapak pelupusan sampah ini dapat dikawal sebaiknya agar tidak mencemari air sungai yang menjadi punca sumber bekalan air mentah untuk dirawat di loji rawatan sebelum dibekalkan kepada penduduk.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Pengarah SWCORP Johor, Chyrul Hisham dan Jurutera SWCORP Johor, Cik Azlina yang memberikan kerjasama penuh untuk menyelesaikan isu ini,” katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik dalam akaun Facebook rasminya, di sini hari ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel