Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sultan Johor bidas andaian tidak ambil berat isu pencemaran sisa kimia


Tarikh kemaskini: 17/03/2019





JOHOR BAHRU, 17 Mac (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini membidas sesetengah pihak yang membuat andaian sewenang-wenangnya mendakwa baginda tidak mengambil berat kes pencemaran kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Sebaliknya, Sultan Ibrahim menegaskan baginda sentiasa mengikuti perkembangan insiden pencemaran sisa kimia itu dari semasa ke semasa.

Malah, laporan perkembangan terkini kerja-kerja pembersihan sisa kimia sedang giat dijalankan pihak berkuasa turut merangkumi jumlah semasa mangsa-mangsa yang sedang mendapatkan rawatan di hospital akibat pencemaran sisa kimia turut diterima baginda.

"Saya mengambil serius kejadian pencemaran sisa kimia yang berlaku di Pasir Gudang dan sentiasa mengikuti segala perkembangan berkaitan insiden itu. 

"Malah pada hari ini juga, saya turut mendapatkan laporan terkini daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor,” titah Sultan Ibrahim dalam satu kenyataan dikeluarkan Royal Press Office (RPO) menerusi laman Facebook rasmi baginda di sini, hari ini.

Sultan Ibrahim turut berkenan melawat mangsa di hospital bersama Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim. 

"Pada masa sama, kami juga sering mengambil berat khususnya mengenai keperluan pasukan penyelamat supaya kerja-kerja pembersihan sisa kimia dapat dijalankan secara sempurna," titah baginda.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel