Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis ada petunjuk suspek terlibat pencemaran Sg Kim Kim


Tarikh kemaskini: 17/03/2019





JOHOR BAHRU, 17 Mac (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memaklumkan pihaknya sudah mempunyai beberapa ‘petunjuk’ berhubung suspek yang terlibat dengan kes pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Menurut beliau, usaha untuk mengesan dan menjejaki suspek itu sedang giat dijalankan, melibatkan kerjasama antara polis Bukit Aman dan juga polis Johor.

“Usaha untuk mengesan suspek terlibat sedang diperhebatkan ketika ini. Jadi, saya harap orang ramai mesti memberi kerjasama sepenuhnya kepada agensi terlibat termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengawal dari aspek keselamatan.

"...harap patuh kepada sekatan jalan raya yang dibuat. Ada sembilan tempat (sekatan jalan raya) saya dimaklumkan oleh Ketua Polis Johor sebentar tadi,” katanya dalam sidang media selepas melawat mangsa-mangsa kejadian yang dirawat di Pangkalan Perubatan, Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata bagi meningkatkan aspek keselamatan di kawasan perumahan yang ditinggalkan sementara oleh penduduk susulan kejadian, pihaknya telah menempatkan tiga platun atau 150 anggota untuk berkawal.

“Penempatan (anggota)  itu bertujuan untuk memastikan tiada kecurian berlaku ke atas rumah-rumah mangsa yang telah ditinggalkan.

Selain itu, kita juga tidak membenarkan lori-lori masuk ke kawasan bencana (pencemaran) kerana tidak mahu kejadian sama, berulang,” katanya.

Mohamad Fuzi juga memberitahu setakat ini, sebanyak 76 laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu.

 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel