Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sultan Johor murka, fitnah libatkan baginda dalam isu pencemaran sisa kimia


Tarikh kemaskini: 17/03/2019





JOHOR BAHRU, 17 Mac (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar murka terhadap pihak tertentu yang menyebarkan fitnah kononnya baginda terlibat dalam perniagaan kilang yang menyebabkan berlakunya pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang.

Susulan itu, baginda menerusi catitan terbaharu dalam akaun Facebook rasminya hari ini, mengingatkan pihak tertentu supaya jangan cuba mengalih perhatian rakyat atas kelemahan pihak yang sepatutnya menjalankan tugas mereka.

Baginda sebaliknya menggesa mereka menumpukan kepada usaha menyelesaikan isu itu secara tuntas. 

"Sudah sampai kepada pengetahuan saya bahawa ada pihak tertentu yang cuba menyebarkan fitnah bahawa saya terlibat dalam perniagaan kilang yang menyebabkan pencemaran di Pasir Gudang.

"Saya ingin mengingatkan semua pihak supaya berhenti mempolitikkan isu ini. Sila bawa bukti yang sahih jika benar saya terlibat dalam perniagaan kilang itu kerana saya tidak pernah gentar dan tunduk pada fitnah yang memburukkan Institusi Diraja Johor," titahnya.

Pembuangan sisa bahan kimia ke Sungai Kim Kim mencetuskan pencemaran dan menyebabkan lebih daripada 4,000 penduduk dirawat berikutan mengalami pelbagai simptom termasuk mual, pening, loya, muntah dan sebagainya akibat terdedah kepada tindak balas toksik itu. 

Kejadian juga mengakibatkan kesemua 111 buah sekolah di Pasir Gudang ditutup demi keselamatan pelajar, murid, kakitangan sekolah dan guru-guru.

Mengulas lanjut, Sultan Johor bertitah baginda akan mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa insiden sisa kimia itu serta kerja-kerja pembersihan yang dilakukan pihak berkuasa.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel