Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penduduk Kampung Bukit Pulai risau banjir kilat di Sungai Kim Kim


Tarikh kemaskini: 17/03/2019





JOHOR BAHRU, 17 Mac (Bernama) -- Rata-rata penduduk Kampung Bukit Pulai berdekatan dengan lokasi kerja pembersihan Sungai Kim Kim melahirkan kerisauan sekiranya berlaku hujan dalam sehari dua ini.

“Ini kerana kawasan ini mudah berlaku banjir kilat sekiranya hujan turun melebihi satu jam,” kata salah seorang penduduk kampung itu, Hadli Suri Rabu, 47.

"Kami risau jika hujan turun sebelum kerja pembersihan (sisa toksik) siap akan mengundang bahaya kepada semua penduduk kampung.

"Jika banjir biasa kami tak risau; sekarang ni banjir toksik...  apa yang akan jadi kepada kami nanti," katanya kepada Bernama di sini.

Katanya, kali terakhir kampung tersebut dilanda banjir kilat pada paras pinggang kira-kira tiga bulan lepas.

Azman Azhar, 42, pula berkata beliau tidak risau pada keselamatan dirinya tetapi risau dengan anak dan isterinya yang sarat mengandung tujuh bulan.

Beliau turut menyatakan kebimbangannya terhadap nasib kira-kira 200 buah rumah di kampung tersebut sekiranya berlaku banjir.

"Kalau banjir berlaku, saya akan selamatkan isteri dan anak sahaja. Saya akan jaga rumah ini kerana ini adalah satu-satunya harta kami," katanya.

-- BERNAMA

 

 

   

 
 
     
   
 

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel