Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JKM beri kaunseling kepada pelajar terkesan bencana sisa kimia Sungai Kim Kim


Tarikh kemaskini: 17/03/2019





JOHOR BAHRU, 17 Mac (Bernama) -- Kerajaan negeri menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memberikan kaunseling bagi proses pemulihan dan trauma pelajar-pelajar yang terlibat dalam bencana pencemaran sisa kimia Sungai Kim Kim di Pasir Gudang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri Liow Cai Tung berkata khidmat kaunseling itu akan diberikan sebaik sekolah dibenarkan dibuka semula.

Katanya, kaunseling perlu diberikan kepada pelajar yang terlibat dan JKM juga sedia bekerjasama dengan pihak Jabatan Pendidikan dalam usaha itu, terutamanya melibatkan pelajar  sekolah rendah yang mungkin menghadapi trauma selepas insiden tersebut dan selepas menerima rawatan beramai-ramai di Medic Base atau hospital.

“Saya berharap sesi kaunseling bagi pelajar-pelajar tersebut dapat dilakukan bagi membantu dalam proses pemulihan dan  untuk mengatasi perasaan trauma dalam diri mereka jika ada,” katanya pada sidang media di Medic Base Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) , di sini, hari ini.

Liow berkata setakat ini  terdapat 35 pasukan kaunseling JKM yang terdiri daripada 15 Pegawai Psikologi dan Kaunseling  dan 20  Pasukan Sokongan Psikologi.

“Saya dimaklumkan team kaunseling JKM di negeri lain juga sedia membantu kami sekiranya diperlukan.

"Selain itu, agensi-agensi di bawah portfolio seperti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)  dan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim juga mempunyai kaunseling team mencukupi yang boleh membantu dalam perkembangan ini,” katanya.

Sementara itu, menurutnya  kerajaan negeri menerusi JKM, ahli majlis dan sukarelawan MPPG turut mengedarkan topeng  muka dan bahan makanan kepada penduduk yang terjejas ekoran pencemaran kimia.

“Lebih 350 bungkus makanan dan topeng diagihkan di kawasan perumahan serta rumah kedai di Kampung Bukit Pulai, Taman Scientex dan Taman Scientex 2 pada 15 Mac dan semalam.

“Selain daripada mereka yang menerima rawatan perubatan dan rawatan di Stadium Tertutup MPPG, saya merasakan penduduk di kawasan itu tidak patut diabaikan dan adalah penting untuk penduduk dapatkan topeng sebagai langkah berjaga-jaga," tambah beliau.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel