Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pencemaran kimia: JKM bantu mangsa atasi keresahan melampau


Tarikh kemaskini: 16/03/2019




JOHOR BAHRU, 16 Mac (Bernama) -- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menggerakkan seramai 13 pegawai psikologi bagi membantu mangsa mengurangkan trauma dan keresahan melampau ekoran pencemaran sisa kimia Sungai Kim kim dekat  Pasir Gudang.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Daerah Johor Bahru Mohammed Ridha Abdul Kadir berkata inisiatif itu bertujuan mengurangkan kebimbangan mangsa-mangsa pencemaran tersebut.

“Pasukan ini telah mula bertugas di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang sejak semalam.

“Inisiatif dan skop tugasan pasukan ini adalah untuk membantu dari sudut intervensi krisis, kaunseling, bimbingan, psiko pendidikan, program atau aktiviti dan sokongan psikologikal,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, waktu operasi terbahagi kepada dua syif iaitu 8 pagi hingga 3 petang dan 3 petang hingga 10 malam.

Setakat 3 petang tadi, pasukan itu telah memberi bantuan kepada 238 mangsa yang terlibat, kata beliau.

 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel