Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Petugas Bernama dibekal PPE


Tarikh kemaskini: 16/03/2019





JOHOR BAHRU, 16 Mac (Bernama) -- Petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) rasa lebih selamat turun membuat liputan di tapak pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang setelah menerima pakaian pelindungan keselamatan peribadi (PPE) hari ini.

Jurufoto dari Biro Melaka, Muhammad Zulhilmi Daud, 28, berkata beliau rasa lebih yakin dengan keselamatannya apabila bertugas di lokasi.

"Sebelum ini saya hanya memakai topeng hidung dan mulut yang diberikan oleh petugas jawatankuasa pengurusan bencana namun ia kurang sesuai untuk digunakan ketika membuat liputan di tempat kerja pembersihan pencemaran sekitar Sungai Kim Kim," kata beliau.

Katanya, terdahulu beliau cuba mencari topeng hidung dan mulut yang sesuai di sekitar Pasir Gudang dan Johor Bahru namun gagal.   

"Saya sebelum ini hanya memakai topeng hidung dan mulut lama yang berusia lebih 10 tahun dari pekedai di Johor Bahru yang hanya sesuai untuk kerja menyembur racun dan hanya berfungsi untuk menapis habuk," katanya.

Muhammad Zulhimi berkata beliau hanya menyedari bahawa topeng hidung dan mulutnya tidak sesuai digunakan di lokasi kejadian apabila ditegur oleh seorang pegawai bomba.

Beliau yang pernah bertugas membuat liputan bencana taufan Haiyan, Filipina pada 2013 berkata risiko bahaya di sini lebih tinggi kerana gas berbahaya tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Turut berkongsi pengalaman yang sama, jurufoto sambilan dari Biro Johor Bahru, Fathin Suhaira Abd Rahim, yang kali pertama berpeluang membuat liputan di lokasi bencana.

Fathin Suhaira berkata beliau rasa lebih selamat apabila dibekalkan pakaian keselamatan berupa topeng hidung dan mulut industri kimia.

"Sebelum ini saya rasa kurang selesa ketika bernafas dan mengalami ruam pada kulit namun apabila memakai pakaian keselamatan ketika turun ke lokasi pagi tadi saya tidak alami apa-apa (masalah)," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel