Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pusat saringan Pasir Putih dipindahkan ke Stadium Tertutup MPPG


Tarikh kemaskini: 14/03/2019





JOHOR BAHRU, 14 Mac (Bernama) -- Pusat saringan mangsa pencemaran sisa kimia di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih ditutup dan dipindahkan ke Stadium Tertutup Pasir Gudang (MPPG).

Menurut Setiausaha Pasukan Bantuan Kecemasan Bersama Pasir Gudang (PAGEMA) Sharif Idrus, pusat saringan itu akan beroperasi bermula 8.00 malam ini.

Katanya, arahan penutupan diberikan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat atas faktor-faktor keselamatan.

"Komander Operasi meminta kami berpindah operasi kerana mengambil kira faktor keselamatan kedudukan dewan berhampiran Sungai Kim Kim yang dalam proses pembersihan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sharif berkata, arahan itu juga mengambi kira keselesaan semua pihak dan hari ini sahaja operasi di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih menerima dan menyaring seramai 284 pesakit.

Tambahnya, perpindahan ke tempat baharu itu juga lebih besar dan dapat membantu memperluaskan operasi, menambah katil pesakit mahupun kelengkapan perubatan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     

UMT anjur majlis khas untuk graduan kehilangan ibu pada hari konvokesyen

 
     

Ahmad Zahid arah keluar RM17,953,185.21 bina bangunan Yayasan Akalbudi - saksi

 
     

Pandangan berbeza cadangan gantian hukuman mati mandatori

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel