Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sultan Ibrahim berkenan pengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Johor


Tarikh kemaskini: 14/03/2019





JOHOR BAHRU, 14 Mac (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Johor di Bangunan Sultan Ibrahim, di sini hari ini.

Menurut catatan dalam laman Facebook Sultan Johor, keberangkatan tiba baginda pada 10.30 pagi tadi disambut Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli dan Peguam Negara, Tommy Thomas. 

Hadir sama, Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani. 

Menurut catatan berkenaan, mesyuarat itu diadakan bagi menimbangkan pengampunan dan pembebasan serta meringankan hukuman penjara untuk beberapa banduan.

-- BERNAMA  

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel