Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Srikandi PKR Johor, Econsave hulur bantuan makanan dan minuman pada petugas HSA


Tarikh kemaskini: 14/03/2019





KLUANG, 14 Mac (Bernama) -- Srikandi PKR Johor bersama Pasar Raya Econsave mengambil inisiatif menghulurkan bantuan dengan memberikan 1,000 kotak air minuman dan 300 bungkus nasi kepada para petugas pencemaran sisa kimia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan di Dewan Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, tengah malam tadi.

Ketua Srikandi PKR Johor Nur Khurul Ain Abdul Samat berkata pihaknya memberikan bantuan berkenaan setelah melihat petugas yang bertungkus-lumus menyelamatkan pesakit yang terlibat dalam tragedi terbabit.

Katanya, selain edaran makanan dan minuman, pihak Econsave melalui cawangannya di Simpang Renggam, Kluang turut membekalkan biskut, makanan ringan dan tuala kecil kepada petugas dan ahli keluarga mangsa 

"Melihat kepada keadaan di dua pusat rawatan ini, dapat dibayangkan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh mereka di samping kesabaran keluarga mangsa yang menunggu dengan harapan agar anak-anak mereka kembali sihat semula

“Pihak kami berharap dengan pengagihan makanan serta minuman ini dapat menghilangkan kepenatan semua petugas terlibat di samping meredakan kebimbangan ibu dan ayah setiap murid yang terkesan dengan kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, menurut Pengurus Operasi Pasar Raya Econsave Wilayah Selatan, Mas Imran Adam berkata, perancangan untuk membantu pasukan petugas ini dilaksanakan setelah peingkatan pesakit di setiap pusat rawatan.

Katanya, pihak Econsave akan terus memantau keadaan di lokasi pusat rawatan terlibat, terutamanya di HSA, dan merancang akan terus menyalurkan bantuan yang sesuai sebagaimana aktiviti kebajikan mereka sebelum ini

“Buat permulaan kita menyalurkan bantuan memberikan makanan ringan kepada petugas serta ahli keluarga mangsa sebelum merancang untuk melaksanakan aktiviti berbentuk khidmat komuniti sosial (CSR).

“Bantuan bebentuk CSR dirancang dalam masa terdekat ini, bagaimanapun kami akan meneliti bentuk bantuan yang akan disalurkan selepas ini,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel