Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pencemaran toksik: tidak perlu nasihat perjalanan kepada pelancong


Tarikh kemaskini: 14/03/2019





KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Nasihat perjalanan tidak perlu dikeluarkan kepada pelancong ekoran pencemaran toksik di Pasir Gudang Johor kerana kawasan terjejas bukan kawasan pelancongan, kata Menteri Pelancongan Seni dan Budaya  Datuk Mohamaddin Ketapi.

Bagaimanapun pihak kementerian akan memantau keadaan bagi memastikan semua langkah keselamatan untuk pelancong diambil jika keadaan memerlukan.

“Keadaan itu terbatas di kawasan perindustrian dan bukan di kawasan pelancongan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Pelancongan Tourism Malaysia 2019 di sini hari ini.

Pencemaran udara  itu berlaku ekoran asap toksik  dari sisa kimia yang dibuang ke dalam Sungai Kim Kim. 

Sehingga kini 947 orang menerima rawatan perubatan kerana kesukaran bernafas. Daripada jumlah itu 82 dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI),  Hospital Sultanah Aminah(85), KPJ Pasir Gudang (39), Hospital Regency (tiga) manakala lapan orang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi HSI.

Kesemua 111 sekolah di Pasir Gudang diarahkan tutup berkuatkuasa hari ini sehingga diberitahu kelak.

 

— BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel