Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pencemaran sisa kimia: Ujian bertulis MUET di Pasir Gudang ditunda


Tarikh kemaskini: 14/03/2019




KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Lima pusat ujian bertulis Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) di Pasir Gudang, Johor ditutup susulan insiden pencemaran sisa bahan kimia yang berlaku di kawasan tersebut sejak Khamis lepas.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan ujian bertulis MUET sesi 1 yang dijadualkan pada Sabtu ini (16 Mac) ditunda pada 6 April.

Lima pusat ujian tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Penggawa Timur, SMK Pasir Gudang 2, SMK Taman Daya, SMK Taman Johor Jaya 1 dan Politeknik Ibrahim Sultan.

“Calon yang terlibat boleh menduduki ujian di pusat yang sama tanpa sebarang caj tambahan,” menurut kenyataan itu.

Sebarang maklumat lanjut, calon boleh menghubungi MPM di talian 03-61261662 / 03-61261666 atau Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel