Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pencemaran Sungai Kim Kim: Majikan dinasihat ambil langkah kawalan risiko


Tarikh kemaskini: 14/03/2019





PUTRAJAYA, 14 Mac (Bernama) -- Majikan di sekitar kawasan Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor dinasihatkan agar mengambil langkah bagi mengawal risiko yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesihatan pekerja mereka susulan pencemaran bahan kimia berbeza di sungai berkenaan. 

Dalam kenyataannya hari ini, Kementerian Sumber Manusia berkata pekerja juga berhak menjauhi bahaya atau aktiviti kerja tersebut sekiranya majikan gagal mengambil tindakan kawalan selepas dimaklumkan, seperti yang termaktub dalam Konvensyen 155 Pertubuhan Buruh Antarabangsa.

Antara langkah kawalan minimum yang boleh dilakukan ialah menggunakan peralatan perlindungan diri seperti alat perlindungan pernafasan, demikian menurut kenyataan itu. 

Menurut kementerian itu, pemantauan Jabatan Keselamatan dan Pekerjaan di kawasan terjejas mengesan beberapa bahan kimia berbahaya yang boleh membawa risiko kepada pekerja antaranya hidrogen klorida yang boleh menyebabkan sesak nafas; akrilonitril yang boleh merengsa hidung, kulit dan salur pernafasan serta aldrich toluene yang memberi kesan kepada sistem saraf pusat.

Kejadian pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim  yang bermula pada 7 Mac lalu sehingga malam tadi telah menyebabkan 947 orang awam dirawat di hospital sementara 111 buah sekolah dalam kawasan Pasir Gudang ditutup serta-merta bagi mengelakkan lebih ramai pelajar terjejas. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel