Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penduduk kampung dapat rawatan di pusat operasi 


Tarikh kemaskini: 14/03/2019





JOHOR BAHRU, 14 Mac (Bernama) -- Penduduk kampung di sekitar Pasir Gudang yang mengalami pening kepala dan loya berikutan pencemaran toksik akibat pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, terus mendapat rawatan di Ground Command Center Dewan Komuniti Taman Tasik Putih sejak awal pagi tadi.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa ambulans keluar masuk menghantar pesakit ke Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Seorang suri rumah dari Kota Masai, Samsiah Moin, bergegas ke klinik swasta berdekatan dengan rumahnya awal pagi tadi apabila anak lelakinya mengadu pening kepala setelah bangun daripada tidur.

"Anak ketiga mak cik yang berumur 23 tahun mengadu sakit kepala dan badannya lemah-lemah.

"Doktor klinik swasta meminta agar mak cik bawa anak ke sini bagi mendapat rawatan lanjut kerana mereka tiada kepakaran," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Ibu kepada tiga orang anak itu berkata anaknya kini dihantar ke HSI bagi mendapat rawatan lanjut di sana.

Sementara itu, Noraini Muhammad, 32, dari Taman Pasir Putih berkata beliau rasa loya dan pening apabila bangkit daripada tidur pagi tadi.

Peniaga barang dalam talian itu berkata beliau terpaksa ambil cuti sejak semalam apabila rasa kurang sihat.

"Alhamduillah pegawai perubatan membenarkan saya pulang serta menasihati saya agar banyak minum air kosong dan tidak terlibat dengan aktiviti luar dalam masa terdekat," katanya.

Katanya beliau sering memantau perkembangan terkini menerusi laporan media massa dan bercadang untuk balik ke Shah Alam, Selangor sekiranya keadaan bertambah buruk dalam sehari dua nanti.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel