Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Calon SPM Pasir Gudang boleh ambil keputusan guna tiga kaedah


Tarikh kemaskini: 14/03/2019





JOHOR BAHRU, 14 Mac (Bernama) -- Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi daerah Pasir Gudang yang terjejas akibat bencana pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, boleh memperoleh keputusan peperiksaan mereka menerusi tiga kaedah.

Timbalan Pengarah Pendidikan negeri Azman Adnan berkata kaedah pertama ialah dengan melakukan semakan secara dalam talian melalui laman sesawang Lembaga Peperiksaan iaitu sppat.moe.gov.my/semakan.

Katanya, keputusan juga boleh didapati dengan membuat semakan menggunakan khidmat mySMS 15888 iaitu dengan menaip SPM Nombor kad pengenalan (KP), Angka Giliran dan hantar SMS ke nombor 15888.

“Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula 10 pagi, hari ini sehingga 6 petang pada 20 Mac,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata para pelajar juga boleh hadir ke kaunter penyerahan slip SPM  sekolah di Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang dan SK Kota Puteri 4 di Jalan Penaga, Bandar Baru Kota Puteri, Pasing Gudang mulai 10 pagi ini untuk tujuan yang sama.

Sebarang pertanyaan lanjut, para pelajar boleh menghubungi talian khas SPM 2018 Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang melalui nombor 07-3883433 dan 07-3860773 dan Jabatan Pendidikan Johor di talian 07-2310041.

Semalam, berdasarkan makluman daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Kementerian Pendidikan memutuskan untuk menutup serta-merta semua 111 sekolah di daerah Pasir Gudang.

Penutupan itu berkuat kuasa sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel