Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lapan pasar nelayan LKIM diwujudkan di Sabah


Tarikh kemaskini: 13/03/2019





PAPAR, 13 Mac (Bernama) -- Pembinaan lapan pasar nelayan di negeri ini oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi membolehkan masyarakat nelayan terus menjual hasil tangkapan ikan tanpa penglibatan orang tengah.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Asas Makanan Sabah Dr Daud Yusof berkata kerajaan memperuntukkan RM1.6 juta untuk membina pasar nelayan tersebut.

Katanya kerajaan prihatin dan mengambil berat mengenai nasib dan masa depan masyarakat nelayan yang sebelum ini dimanipulasi orang tengah terhadap hasil tangkapan ikan mereka.

"Kerajaan akan terus mempertahankan komuniti nelayan dengan cara memenuhi kehendak dan keperluan untuk memperoleh pendapatan yang setanding atau sama dengan pendapatan bidang lain.

Ini sejajar dengan matlamat kerajaan negeri Sabah meningkatkan sektor perikanan untuk manfaat masyarakat nelayan," katanya ketika merasmikan Pasar Nelayan LKIM Kampung Sinar Baru di Kimanis dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil dan Pengarah LKIM Sabah Mohd Jamil Abdullah.

Daud yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bongawan berkata kerajaan negeri sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk memajukan lagi Industri perikanan di negeri ini.

Beliau juga berkata pewujudan pasar nelayan ini menjadi salah satu inisiatif kerajaan pusat dan Sabah untuk memberi pilihan kepada rakyat dalam mendapatkan bekalan ikan segar dan berkualiti dengan harga berpatutan.

Dalam pada itu, Muhammad Faiz berkata LKIM menyasarkan membina 50 pasar nelayan baharu di seluruh negara pada tahun ini.

Katanya pewujudan pasar nelayan ini merupakan inisiatif LKIM untuk membantu golongan nelayan keluar daripada aktiviti tradisi untuk menambah pendapatan secara hiliran termasuk meniagakan hasil tangkapan ikan secara terus.

Beliau berkata kerajaan terus memberikan perhatian kepada masyarakat nelayan termasuk meneruskan pemberian insentif antaranya elaun sara hidup dan subsidi minyak 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     

Program 'Anak Kami' PPIM bantu bayi tidak sah taraf dapat keluarga angkat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel