Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM tahan dua lelaki cuba seludup keluar makanan sejuk beku ke Indonesia


Tarikh kemaskini: 13/03/2019





TAWAU, 13 Mac (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua lelaki tempatan di perairan Tanjung Doris dekat sini selepas cuba menyeludup keluar pelbagai barang runcit serta makanan sejuk beku tanpa dokumen ke Indonesia, pada Isnin.

Timbalan Pengarah Zon (Operasi) APMM Tawau  Komander Maritim Mohd Yusri Hussin berkata pihaknya menahan bot jongkong dinaiki suspek berusia 32 dan 48 tahun kira-kira 0.9 batu nautika timur Tanjung Doris dipercayai menuju ke Pulau Nunukan, Indonesia pada 8.30 malam.

Katanya  pemeriksaan ke dalam ruangan bot menemui 44 kotak (880kg) daging sejuk beku India Silverside, tujuh kotak (70kg) buntut ayam, 47 kotak (648kg) ayam beku, 96 kotak (960kg) lobak merah, 324 tin susu pekat F&N, 327 botol pelbagai minuman bergas, 10 karton Milo Activ Go, serta 1,500kg beras pulut Thai White Glutinous dan 3,500kg pallet makanan ayam.

Selain itu turut ditemui empat kotak sayap ayam, 22 kotak kentang goreng beku, 30 kotak potongan beku tulang lembu, 32 kotak itik beku, lima kotak popia beku, 28 kotak bebola ikan, 45 kotak sosej, 34 kotak nugget ayam, 24 kotak apollo coklat, 29 kotak apollo pandan, 20 guni kecil cili kering, 45 guni kecil bawang putih dan 19 kotak maggi kari.

“Kesemua barangan itu dibawa tanpa dokumen sah daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Yusri berkata  kesemua barangan dan bot jongkong bernilai RM100,000 itu dirampas dan ditunda masuk ke Jeti Maritim Malaysia Tawau bagi siasatan lanjut di bawah Akta Kastam 1967.

Dalam pada itu, beliau menyarankan agar orang ramai memberikan kerjasama menyalurkan maklumat atau aduan salah laku jenayah maritim ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau MERS999.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel