Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Syarikat kurier curi air di Tawau dikompaun RM5,000


Tarikh kemaskini: 12/03/2019





TAWAU, 12 Mac (Bernama) -- Sebuah syarikat perkhidmatan kurier di Bandar Sri Indah, Batu 10 dekat sini, dikompaun RM5,000 oleh Jabatan Air Tawau selepas didapati melakukan penyambungan paip secara haram.

Kegiatan itu dikesan dalam operasi jam 10.40 pagi tadi susulan maklumat berhubung penyambungan paip haram dan kegiatan curi air oleh syarikat terbabit.

Jurutera Air Bahagian Tawau, Asabri Robensen dalam satu kenyatan hari ini berkata siasatan mendapati terdapat sambungan dari paip utama menggunakan stand paip saiz dua inci disambungkan terus ke premis kurier tersebut.

“Tindakan pemotongan telah diambil oleh Penguatkuasa Jabatan Air selaras undang-undang di bawah Seksyen 49(b) Enakmen Bekalan Air Negeri Sabah 2003," katanya.

Operasi itu tamat pada pukul 11.30 pagi.

Sehubungan itu, Asabri menasihatkan pengguna mematuhi undang-undang sebagaimana dinyatakan dalam Enakmen Bekalan Air 2003 atau berdepan denda berat jika didapati melakukan kesalahan.

“Orang ramai juga diminta melaporkan sebarang kes kecurian atau kebocoran paip air dengan menghubungi talian Hotline Jabatan Air Tawau di 019-5354600 atau 089- 761057,” katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel