Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kompleks kargo baharu akan dibina di Lapangan Terbang Kuching


Tarikh kemaskini: 12/03/2019





KUCHING, 12 Mac (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd merancang untuk membina kompleks kargo yang baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA). 

Pengurus Kanan Lapangan Terbang Malaysia Airports Sdn Bhd (MAB) Jun Iskandar Murshidi berkata tender bagi pihak perunding projek telah dilaksanakan dan perlantikan dijangka dibuat menjelang Julai.

Selepas kajian awal dilakukan, MAB akan memanggil semua pihak yang berkepentingan untuk memberi input mengenai kemudahan yang perlu ada di kompleks tersebut.

“Ini adalah sebahagian daripada pembangunan semula KIA dengan ruang yang lebih besar dan kemudahan pengendalian kargo yang lebih baik," kata Jun kepada media selepas sesi dialog antara pihak yang berkepentingan di lapangan terbang itu, seperti MAB, MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo), Pos Aviation Sdn Bhd, Raya Airways dan Persatuan Agensi Pengiriman Sarawak (SFAA) di bangunan KIA hari ini.

Beliau, bagaimanapun, tidak mengumumkan kos projek berkenaan.

Menurut Jun, MAB mengendalikan lebih kurang 26,816 tan metrik kargo pada tahun lepas berbanding 24,620 tan metrik pada 2017 dan 22,500 tan metrik pada 2016, iaitu peningkatan sebanyak kira-kira sembilan peratus setahun.

Pembantu Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Dr Jerip Susil yang turut hadir pada sesi dialog itu, berkata KIA amat memerlukan terminal kargo yang lebih besar serta naik taraf kemudahan bagi memenuhi permintaan kargo semasa.

Beliau yang mengalu-alukan rancangan MAB untuk membina kompleks baharu yang terletak bersebelahah stesen Jabatan Bomba dan Penyelamat memberitahu : “Kami benar-benar memerlukan kompleks kargo di KIA kerana kemudahan sedia ada masih tidak memuaskan untuk kerja-kerja pemunggahan kargo."

Dr Jerip berkata berdasarkan kepada maklum balas yang diterimanya, pihak-pihak yang berkepentingan mahu MAB menaik taraf fasiliti pengendalian kargo KIA kerana ruang sekarang adalah terlalu kecil, selain daripada kemudahan yang kurang memuaskan, termasuk keperluan bagi jabatan kastam untuk dilengkapi dengan pengimbas yang lebih baik. 

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kastam Sarawak, Herman Shah berkata pihak jabatan amat mengalu-alukan pembinaan kompleks kargo itu memandangkan kakitangan beliau terpaksa bertugas di ruang yang terhad dan mereka memerlukan kemudahan yang lebih baik untuk menangani pertambahan jumlah kargo.

Naib Presiden SFAA David Chieng pada sesi dialog yang sama, berkata lebih daripada 400 agensi penghantaran agensi di Sarawak memerlukan terminal kargo yang lebih besar dengan kemudahan yang lebih baik. 

"Kami telah menyatakan rungutan kami kepada MAB sejak dua atau tiga tahun tetapi hanya sedikit peningkatan yang dilakukan. Kami benar-benar berharap bahawa lebih banyak kemudahan akan diadakan bagi menjadikan terminal tersebut lebih berupaya," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel