Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

15,000 bakal hadapi catuan air di Kota Tinggi


Tarikh kemaskini: 12/03/2019





JOHOR BAHRU, 12 Mac (Bernama) -- Kira-kira 15,000 penduduk di kawasan Felda Gugusan Lok Heng, Felda Waha dan Bukit Easter di Kota Tinggi bakal berdepan catuan air seawal hujung minggu ini berikutan paras air di Empangan?????? Lok Heng kini berada bawah paras catuan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Utiliti negeri  Jimmy Puah Wee Tse berkata paras air empangan itu mencatatkan bacaan 1.43 meter berbanding paras catuan pada 1.5 meter manakala paras normal ialah 2.75 meter.

“Kita tidak boleh elak dan terpaksa lakukan catuan dan saya harap penduduk faham kerana faktor cuaca yang amat luar biasa,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Loji Rawatan Air (LRA) Sultan Iskandar dan Empangan Layang di Pasir Gudang, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Komunikasi Korporat SAJ Ranhill Sdn Bhd Jamaluddin Jamal.

Mengulas lanjut, Puah berkata notis catuan akan dikeluarkan oleh SAJ Ranhill dalam masa terdekat.

Puah berkata catuan air juga akan dilakukan di kawasan Sungai Gembut dan Sedili yang melibatkan kira-kira 25,000 penduduk berikutan paras air di muka sauk Sungai Gembut kini mengalami penyusutan ke paras 0.9 meter berbanding paras normal 0.70 meter.

“Dijangkakan paras muka sauk itu hanya mampu bertahan lima hari sahaja,” katanya sambil menasihati orang ramai agar berhemat  serta tidak membazir dalam penggunaan air. 

Sementara itu, Puah berkata LRA Sultan Iskandar yang merupakan loji terbesar di negeri itu dan membekalkan air kepada kira-kira 600,000 penduduk di Pasir Gudang, Johor Jaya, Seri Alam, Permas Jaya hanya mampu bertahan selama 69 hari.

“Bacaan terkini ialah ?????? 21.26 meter dan ia dijangka bertahan  69 hari sebelum capai tahap kritikal iaitu 16 meter,” katanya, menambah bagaimanapun kerajaan negeri mempunyai pelan sokongan iaitu mengepam air dari Empangan Seluyut ke LRA itu. 

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel